Monday, March 7, 2011

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PENGENALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Definisi
"Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran
atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus
yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer"

PPBK juga dikenali sebagai:
(a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika; atau
(b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom

Sejarah Perkembangan PPBK

PPBK diasaskan kepada kaedah programmed instruction di mana pengajaran
dilakukan secara berperingkat. Pelajar pada mulanya didedahkan kepada suatu
konsep atau fakta, diikuti dengan soalan-soalan berkaitan. Seterusnya, konsep
atau fakta baru yang dibina berasaskan kepada apa yang diajar sebelumnya
didedahkan kepada pelajar dan diikuti dengan soalan-soalan. Proses ini
berterusan sehingga tamat suatu pengajaran.

Programmed instruction pada asalnya menggunakan bahan-bahan cetak.
Dengan kemajuan teknologi komputer, ianya digantikan dengan komputer.
Sebenarnya penggunaan PPBK bermula secara terancang apabila projek PLATO
(Programmed Logic for Automatic Teaching Operation) dilaksanakan di
University of Illinois pada tahun 1960. Selain daripada PLATO, terdapat juga beberapa projek lain yang terkenal seperti WICAT, CONDUIT, NDPCAL dan TICCIT.

Kebaikan PPBK
Pusat Perkembangan Kurikulum dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan
perisian kursus PPBK di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa
kelebihan, iaitu, ia berupaya:
(a) Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;
(b) Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran;
(c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;
(d) Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk
dibuat; dan
(e) Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada
pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta
masa interaksi dapat dijimatkan.

No comments:

Post a Comment