Thursday, March 10, 2011

Lapisan Jantung


(a) Selaput Jantung (Perikardium)

(i) Meliputi jantung dan terbahagi dua

(ii) Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal)

(iii) Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput.

Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila

jantung berdenyut.


(b) Otot Jantung (Miokardium)

(i) Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung.


(c) Selaput Jantung (Endokardium)

(i) Terbina daripada tisu epitelium skuamosa

(ii) Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan

dalam saluran darah.

No comments:

Post a Comment