Monday, March 7, 2011

Protokol Komunikasi

Protokol Komunikasi
Internet merupakan suatu sistem komunikasi yang menggunakan sambungan
fizikal (biasanya talian telefon) untuk menyambungkan komputer ke jaringan
komputer. Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang
berkomunikasi dengan komputer lain.

Protokol ialah satu set panduan atau "bahasa" yang digunakan oleh komputer
untuk berkomunikasi dalam suatu rangkaian. Protocol khas ini dikenali
sebagai Perisian Kawalan Penghantaran/Protokol Internet, Transmission
Control Program/Internet Protocol atau singkatannya TCP/IP.

Internet juga dikenali sebagai rangkaian suis paket kerana setiap data yang
melaluinya akan dipecahkan kepada paket yang kecil. Setiap paket dihantar
secara berasingan melalui satu suis bersiri yang dinamai penghala (router).
Sebaik sahaja sampai ke distinasinya, paket itu dicantumkan menjadi satu seperti
bentuk asal.
TCP dan IP merupakan dua protokol yang bertugas untuk
memecahkan data menjadi paket, menghalakaannya melalui internet, dan
kemudian mencantunkannya semula apabila tiba di destinasi yang dituju.

(a) Jenis Laluan
Jenis laluan yang diberikan oleh internet service provider adalah seperti
berikut:

(i) IP (Internet Protocol) Connection
Kalau semua hardware dan sofware kita ingin dihubungkan secara
langsung atau akses ke Internet, maka kita harus menggunakan IP
(Internet Protocol) address.

(ii) Dial UP Connection
Kalau kita menggunakan modem untuk dial ke ISP supaya
mendapatkan sambungan ke Internet, maka dikenal Dial UP akses.


(b) Di Malaysia

(i) JARING atau "Joint Advanced Research
Integrated Networking" atau JARING ditadbir oleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectrinic System)

(ii) TMNet atau "Telekom Malaysia Networking" diuruskan oleh Telekom Malaysia Berhad.

(iii) Walau bagaimanapun terdapat beberapa penyedia kemudahan internet di Malaysia yang lain seperti Maxis dan sebagainya.

Alamat Internet (IP Address)
Alamat IP terdiri dari empat bahagian angka yang dimulai dari angka 1
hingga 255, dan setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.). Contoh microsoft,
alamat IP adalah 198.105.232.4.

Nama Domain

(i) Berikut Merupakan Contoh-contoh Domain
- www.tm.net.my
- www.google.com
- www.honda.com.my

(ii) Singkatan Domain (negara)
my - Malaysia
sg - Singapore
fr - France

(iii) Jenis Organisasi
.com untuk perusahaan atau badan komersial, contoh: www.apple.com
.edu untuk institusi pendidikan, contoh: www.oum.edu.my
.gov untuk badan kerajaan, contoh: www.moe.gov.my
.mil untuk kalangan tentera, contoh: www.af.mil
.int untuk badan bebas antarabangsa: www.who.int
.net untuk host yang mengatur jaringan/ISP, contoh: www.jaring.net
.org untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas contohnya www.un.org

Perisian Web Browser
Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk melayari internet.
Di antaranya adalah:

- Mozila Firefox
- Internet Explorer
- Netscape
- Safari

Bahasa Internet
Untuk tujuan membina perisian dalam internet dan membolehkan
pengguna lain mengakses homepage yang dibina. Pembina homepage
perlu menggunakan bahasa khusus yang digunakan dalam internet iaitu:
(a) Bahasa HTML (hypertext markup language)
(b) Bahasa JAVA.

No comments:

Post a Comment