Thursday, March 10, 2011

Sistem Kardiovaskular... Tahukah anda?


— Saiz jantung sebesar gengaman tangan dominan

— Berat jantung lebih kurang 255 g bagi perempuan dan 310 g bagi lelaki

— Jantung berdenyut lebih 100 000 kali sehari untuk mengepam 3784 liter darah

— Darah mengalir sejauh 100 000 km sehari.

— Kekuatan jantung adalah dua kali ganda kekuatan otot kaki pelari pecut.

— Panjang salur darah ialah lebih kurang 60,000 batu.

— Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular.

— Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah.

— Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

— Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru.

— Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma.

— Jantung biasanya bersaiz ‘genggam penumbuk’ bagi orang dewasa.

— Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa.

— Jantung dibahagi dua oleh septum.

— Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung.

— Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang.

— Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah.

— Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.

— Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk.

— Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati.

— Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat.

— Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan.

— Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh.

— Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat.

— Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang.

— Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur.

— Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif.

— Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun.

— Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut.

— Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik).

— Angka bawah lebih penting daripada angka atas kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya.

— Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh.

— Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras.

No comments:

Post a Comment