Monday, March 7, 2011

Mel Elektronik (E-mail)

Mel Elektronik (E-mail)
Satu ketika dahulu kita biasa berutus surat mahupun kad hari raya melalui
perkhidmatan pos. Kini ia lebih mudah, cepat dan ringkas, dengan adanya Mel
elektronik (e-mail). Apakah persamaan dan perbezaannya?
Mel elektronik atau e-mail merupakan satu perkhidmatan internet asas yang
sangat popular. E-mail yang boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti pertukaran
mesej adalah satu kaedah yang membolehkan pengguna mengarang dan
menghantar surat dalam bentuk elektronik melalui internet kepada sesiapa
sahaja di seluruh dunia yang mempunyai akaun e-mail.

Pengguna dapat menerima e-mail daripada pengguna lain yang tahu alamat emailnya.
Mesej e-mail selalunya ditulis dalam bentuk teks biasn atau ASCI dan dihantar daripada komputer pengguna kepada komputer lain melalui talian telefon. Sekiranya anda menghantar e-mail kepada rakan anda, mesej elektronik itu akan berada di dalam kotak mel
elektroniknya sehinggalah dia memasuki internet dan memeriksa melnya. Dalam pada itu, anda juga mempunyai sebuah kotak mel elektronik sendiri seperti rakan anda itu untuk menerima sebarang email yang dihantar kepada akaun e-mail anda.

Mel Elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak
digunakan di internet. Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa
program, gambar grafik, dan perisian komunikasi.

Penggunaan e-mel mempunyai banyak kelebihan. Antaranya cepat, murah dan
mudah. Tiada perkhidmatan pos lain yang dapat menandingi kelajuan
penghantaran e-mel. E-mel juga sangat murah kerana tidak memerlukan setem
sebagai bayaran pos, anda hanya dikenakan bayaran akses ke internet yang
sangat minimum.

Kebanyakan perisian e-mel pula adalah percuma malah ada
pelbagai perkhidmatan e-mel percuma yang ditawarkan dalam internet.
Satu lagi kelebihan e-mel ialah penggunaannya yang mudah. Anda boleh
menulis dan menghantar mesej dengan senang dan selesa kepada seseorang atau
beribu-ribu penerima dalam satu masa.

Anda boleh juga melampirkan (attach) fail-fail teks, grafik, bunyi, ataupun video
dalam e-mail semasa mengirimnya.
(a) Keperluan E-Mail
(i) Ada dua kriteria yang perlu dipenuhi sebelum komputer anda dapat
menghantar dan menerima mel elektronik.
- Komputer anda mestilah disambungkan ke internet
- Perisian e-mel mesti dibuka di dalam komputer anda

(ii) Dua syarat yang mesti anda penuhi sebelum boleh menggunakan mel
elektronik:
- Anda mesti mempunyai akaun e-mel dan tahu alamat e-mel anda
- Anda mesti tahu alamat e-mel penerima

(b) Alamat E-mel
Setiap alamat e-mel menggunakan format piawai berikut:
namapengguna@hos.domain (username@host.domain)
atau
namapengguna@hos.subdomain.domain (username@host.subdomain.domain)

Contohnya
faizalhakimi@ipip.edu.my

faizal - menunjukkan nama pengguna
@ - disebut et, memisahkan nama pengguna dan nama hos.
ipip - nama hos di mana terletaknya kotak mel pengguna.
. - tanda noktah, disebut dot, memisahkan setiap bahagian alamat
edu - jenis domain iaitu domain generik
my - menunjukkan domain kod negara

No comments:

Post a Comment