Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:
1. Jangan
tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan
mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai
penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien
tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang
mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.
2. Rancang
apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih
berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan
berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya.
Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.
3. Makan
tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan
makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang
tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya
ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem
penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat
memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan
semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak
tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin
4. Makan
makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan
pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan
pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.
5. Berhenti
sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu
bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh
berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya
membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan
dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan
perut.
6. Tetapkan
pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan
untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak
7. Minum
segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta
membantu sistem penghadaman.
8. Kurangkan
pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah
kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam
jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
9. Menguyah
makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu
menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan
cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.
10. Tidur
secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan
dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.
Sumber : Laman Web Institut Sukan Negara
No comments:
Post a Comment