Monday, March 7, 2011


PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS PPBK

Pembangunan perisian kursus perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut
prosedur tertentu agar ia memenuhi kehendak kursus dan pengguna. Proses
pembangunan yang sering digunakan adalah berpandukan model ADDIE
(Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation) (Alessi &
Trollip, 1991). Model ADDIE ini mempunyai lima langkah utama iaitu:

Analisa
Analisa merupakan langkah pertama yang paling penting dalam pembangunan
perisian kursus PPBK. Dalam langkah ini, anda perlu menentukan dengan jelas:
- Tujuan perisian kursus dibangunkan.
- Untuk siapa ia dibangunkan.
- Matlamat dan objektif pengajaran.
- Kandungan pelajaran yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.
- Pengetahuan sedia ada pelajar.
- Strategi pengajaran.

Reka Bentuk
Reka bentuk melibatkan penghasilan papan cerita (storyboard) yang terperinci
berpandukan kepada maklumat yang dikumpulkan pada langkah pertama.
Papan cerita ini menentukan kandungan skrin, reka bentuk skrin dan perkaitan
satu skrin dengan skrin yang lain.

Kandungan pelajaran yang diperincikan akan menentukan kandungan skrin
seperti teks, video, audio, grafiks, animasi dan sebagainya. Susun atur ke semua
elemen tersebut perlu dilakukan dengan teliti bagi memudahkan penggunaan
dan tidak mengelirukan pelajar.

Perkaitan antara skrin-skrin ini pula akan membentuk satu rangkaian skrin.
Rangkaian ini akan menentukan cara navigasi pelajar sama ada secara linear atau
bercabang. Dalam perisian kursus yang bercabang, bahagian pelajaran yang
dipaparkan kepada pelajar bergantung kepada:
(a) Pilihan pelajar;
(b) Respons pelajar kepada suatu soalan; atau
(c) Pencapaian pelajar dalam suatu ujian.

Pembangunan
Langkah pembangunan melibatkan penghasilan elemen-elemen yang ditentukan
di dalam langkah reka bentuk seperti video, animasi dan sebagainya dan
menggabungkan elemen-elemen tersebut dalam skrin-skrin untuk paparan.
Pengatur cara perlu memprogramkan interaksi dan navigasi agar skrin-skrin
tersebut berfungsi sebagai satu PPBK yang lengkap.
Dokumentasi teknikal dan panduan pengguna juga dihasilkan dalam langkah ini.Penilaian biasanya dilakukan secara berterusan agar semua kelemahan dan kesilapan dapat di perbaiki sebelum diimplementasi.

Implementasi
Antara aktiviti yang dijalankan semasa implementasi ialah latihan pengguna
termasuk guru-guru dan pelajar. Guru-guru perlu diberi panduan agar
penggunaan PPBK dapat membina keyakinan mereka terhadap keadah yang
mungkin baru bagi mereka dan dapat menggunakan perisian kursus sebaik
mungkin. Pelajar pula perlu diberi penerangan tentang kaedah PPBK
dan kelebihannya.

Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah disediakan dan
berfungsi seperti yang dikehendaki sebelum diserahkan kepada guru
dan pelajar.

Penilaian
Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif dilakukan pada setiap langkah ADDIE untuk memastikan
perisian kursus yang dihasilkan menepati kehendak dan objektif pembangunan.
Penilaian sumatif pula digunakan untuk memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai oleh pelajar. Penilaian ini memberi maklum balas terhadap keberkesanan
perisian kursus yang dihasilkan.

Selain daripada penggunaan ujian, kaedah soal selidik boleh digunakan untuk
mendapatkan pendapat pelajar tentang beberapa aspek perisian kursus seperti
navigasi, kemesraan pengguna dan penggunaan elemen-elemen yang digunakan
untuk menyampaikan kandungan pelajaran.

Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif dilakukan pada setiap langkah ADDIE untuk memastikan
perisian kursus yang dihasilkan menepati kehendak dan objektif pembangunan.
Penilaian sumatif pula digunakan untuk memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai oleh pelajar. Penilaian ini memberi maklum balas terhadap keberkesanan
perisian kursus yang dihasilkan.

Selain daripada penggunaan ujian, kaedah soal selidik boleh digunakan untuk
mendapatkan pendapat pelajar tentang beberapa aspek perisian kursus seperti
navigasi, kemesraan pengguna dan penggunaan elemen-elemen yang digunakan
untuk menyampaikan kandungan pelajaran.

No comments:

Post a Comment